Sunday, March 28, 2010

My first sermon!

Just did a sermon, in Bahasa Malaysia at SIB Shalom, a church near the University. Here is the draft of what I said.

Saya tidak ingin berkhutbah, lebih kepada perkongsian mengenai 3 perkara yang saya rasakan penting bagi kita semua; iaitu pemahaman mengenai kenapa kita berada disini dan apakah erti sebenar diri kita disini. Perkongsian saya berkisar 3 isu dan setiap satu mempunyai 3 perkara untuk direnungkan:
Kenapa saya menjadi seorang Kristian, dan
Apa maknanya menjadi seorang Kristian kepada saya, dan
Bagaimana dunia mengetahui kita Kristian.

Kenapa saya pilih Kristus?
1. Saya berdosa (Roma 3:23; Roma 6:23)
2. Apa saja yang saya buat tidak cukup untuk mendekatkan saya kepada Tuhan; Semua agama lain memerlukan saya melakukan sesuatu, yang semestinya dan pastinya saya tidak boleh lakukan.
3. Hanya Kristus menyayangi / mengasihi aku (Yohanes 3:16)

Tetapi adakah itu cukup? Apa sebenarnya makna menjadi Kristian. Bagi saya ada 3 perkara.
1. Asasnya dan secara simplistik, Percaya kepada Yesus, bagus sebagai permulaan – tetapi Iblis juga percaya kepada Yesus, bahkan telah bertemu dan bercakap dengan Yesus, rujuk Matius 4: 1 – 11 tetapi Iblis masih akan ke neraka (Wahyu 20: 1 – 3)
2. Menerima Yesus sebagai Tuhan (Lord) dan Juruselamat (Yohanes 1:12) Kita mesti menerimanya – Iblis tidak mahu menerima Yesus, percaya Yesus ujud, percaya Yesus; tetapi tidak menerima. Kita seakan-akan seorang yang mati lemas.
3. Iman – kita harus mempunyai iman; kerana semua yang kita terima; semua yang kita ada; adalah kerana kasih karunia. (Ephesus 2: 8 – 9)
Apa itu iman? (Ibrani 11:1). Bagi saya iman adalah sepert saya terapung di laut, yang baru tadi saya hampir lemas. Tetapi iman tanpa perbuatan adalah sia sia (Yakubus 2:17).

Bagaimana dunia mengetahui kita Kristian.
1. melalui amalan kita - ke gereja (Ibrani 10:25), bawa (dan harap baca) Alkitab (KPR 17:11), pakai salib (maybe not), berdoa (Yohanes 15:7), patuh kepada ajaran Kristian (Yohanes 14:21) dan bersaksi (Matius 4:19; Yohanes 15:8)
2. Lebih mendalam – kita mengasihi satu sama lain (Yohanes 13: 34-35). Apakah itu kasih (1 Korintus 13:4).
3.Saling mengasihi ini harus dilakukan. Kena buat. Bukan sahaja cakap. (1 Korintus 16:14) Ceritakan mengenai PPDK.
Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin